Ini Cara Didik Anak Yang Ibubapa Perlu Amalkan

Mendidik anak merupakan antara tugas utama buat anda yang bergelar ibubapa. Pernah mendengar analogi anak-anak itu ibarat kain putih? Pastinya ramai diantara anda pernah mendengarnya. Kenapa anak-anak dianalogikan sedemikian rupa?

Hal ini kerana pada awalnya, anak-anak kita semuanya adalah sama sahaja. Sama dari segi hati, akhlak, tutur kata dan perlakuan. Namun begitu, tatkala usia mulai bertambah dan mereka mula membesar dari seorang bayi kecil yang tidak mengenal apa-apa sehinggalah dewasa, terdapat perbezaan antara setiap anak itu hasil daripada tangan kita yang mencorakkan mereka.

BACA JUGA : 12 Cara Ajar Anak Supaya Rajin Solat Ini Sangat Membantu Anda!

Maksudnya disini, jika kita membandingkan dari segi sahsiah atau perilaku sahaja, kenapa ada yang membesar menjadi insan yang berakhlak mulia dan ada yang kurang cantik akhlaknya sedangkan pada awal kelahiran mereka, mereka semua adalah sama? Mungkin ini hasil daripada perbezaan dari segi cara didik anak oleh setiap ibubapa.

Didalam artikel kali ini, akan dikongsikan cara didik anak yang ibubapa perlu amalkan.

1. Mengajar Anak Untuk Sentiasa Jujur

Sebenarnya, tiada masalah untuk anak-anak anda sentiasa bersikap jujur walaupun ketika melakukan kesalahan. Masalahnya adalah cara anda “handle” kejujuran anak-anak anda. Sebagai contoh, anak anda terpecahkan pinggan di rumah. Mereka cuba untuk bersikap jujur dan memberitahu anda hal yang sebenar serta mengakui kesilapan mereka.

Tetapi, anda pula bagaimana? Mampukah anda untuk menahan marah dan memaafkan anak-anak anda? Lebih baik jika anda mampu mengungkapkan kata seperti ini,

“Takper. Ibu maafkan Aiman (contoh jer ni). Terima kasih Aiman sebab Aiman jujur dengan ibu. Cuma, ibu harap Aiman lebih berhati-hati lepas ni. Boleh kan?”.

Ayat seperti itu bukan sahaja mampu menyampaikan mesej yang bersikap jujur itu merupakan sikap dan sifat yang terpuji kepada anak-anak, anda juga dapat secara tidak langsung menegur kesilapan anak anda serta menyedarkan mereka bahawa mereka sedikit cuai kerana terpecahkan pinggan. Niatnya disini bukan untuk membiarkan sahaja anak anda untuk melakukan kesilapan dan terus memaafkan mereka jika mereka bersikap jujur.

Niatnya adalah untuk mengelakkan anak-anak anda daripada mula belajar untuk menipu. Anda juga perlu mengelakkan daripada berlebihan bersikap negatif dengan mereka sekiranya mereka menipu. Cari jalan supaya anda dapat membuatkan mereka berterus terang dan pastikan mereka faham walaupun bersikap jujur itu susah dan ada kalanya tidak menyenangkan tetapi orang lain akan berasa lebih selesa sekiranya mereka bersikap jujur.

2. Tidak Sentiasa Menangkan Anak-Anak Anda

Ada sesetengah ibubapa terlalu menangkan anak-anak walaupun mereka sedar anak mereka sendiri yang melakukan kesilapan. Kebanyakan ibubapa terlalu ikutkan emosi sebenarnya. Anda sendiri ada kalanya bersikap sedemikian. Itu memang kebenaran yang perlu anda telan.

Sebagai ibubapa, anda seharusnya betulkan kesilapan anak anda bukannya terus menangkan anak anda setiap masa.

Sebagai contoh, jika anak anda bergaduh dengan rakannya di sekolah, janganlah terus bertindak dengan pergi ke sekolah keesokan harinya dan menggertak rakan anak anda yang bergaduh dengan anak anda tersebut. Ada dua kesan negatif yang bakal berlaku terhadap generasi akan datang hasil daripada tindakan kurang bijak anda ini. Satu kesan yang akan berlaku adalah, anak anda akan sentiasa rasa terpanggil untuk melakukan perkara yang tidak baik kerana dia tahu anda akan sentiasa menyokongnya.

Satu lagi kesan adalah terhadap rakan anak anda tersebut. Kesan terhadap psikologinya yang merasakan dunia ini tidak adil dan hal ini mungkin akan menyebabkan dia akan menjadi lebih agresif dengan cara melakukan perkara jahat terhadap orang lain pula. Hasilnya, lahirlah manusia-manusia yang sentiasa berdendam yang akan membahayakan orang lain di kemudian hari.

Apa tindakan anda yang sepatutnya anda lakukan dalam situasi ini?

Anda sepatutnya meneliti dulu masalah yang sebenar dan faham hujung pangkal masalah tersebut sebelum anda mengambil sebarang tindakan. Selaku ibubapa, anda pastinya dapat mengesan perubahan dari segi intonasi dan juga riak wajah anak anda sekiranya dia berbohong atau mereka cerita untuk mengelakkan anda daripada mengetahui kesalahan yang mereka lakukan.

Jika punca pergaduhan itu adalah berpunca daripada anak anda, ajarnya untuk berani mengaku kesalahan dan meminta maaf. Lebih baik jika anda sendiri mengajarnya untuk memberikan ganti rugi atau hadiah kepada rakan yang berselisih faham dengan anak anda tersebut sebagai tanda meminta maaf.

Jika salah tersebut adalah daripada rakan anak anda pula, ajar anak anda untuk mengatasi masalah tersebut dengan cara yang lebih matang seperti mengalah atau apa-apa cara yang tidak melibatkan kekerasan serta campur tangan anda.

Jika diluar kawalan seperti kes buli yang kronik, anda perlu masuk campur kerana banyak kes buli yang diluar jangkauan pemikiran kita yang berlaku kebelakangan ini.

3. Galakkan Mereka Untuk Mencabar Diri

Sebagai contoh, anak anda baru sahaja selesai melukis dan menunjukkan hasil lukisan mereka kepada anda. Antara respon anda sebagai ibubapa adalah:

BACA JUGA : Tips Untuk Merangsang Percakapan Anak Dari Selepas Lahir

Respon pertama:

“Kamu lukis apa ni? Takder nampak rupa macam kucing pun. (Jika anak anda melukis kucing)”,

Respon kedua:

“Cantik lukisan kamu. Pandai kamu melukis”.

Anda yang mana satu? Jenis yang pertama atau yang kedua?

Bagi jenis yang pertama, jika anak anda mampu mengambil positif setiap kata-kata anda dan menjadikannya sebagai cabaran buat dirinya maka tidak mengapa untuk anda bercakap sedemikian dengannya. Namun begitu, jika kata-kata anda tersebut memberikan impak yang negatif terhadap keyakinan dirinya pula bagaimana?

BACA JUGA : Cara Ajar Anak Supaya Kurang Manja

Bagi respon kedua, mungkin anda boleh lagi untuk berkata sedemikian pada lukisan pertamanya. Biasanya bila anak-anak anda dipuji, dia akan berasa lebih bersemangat untuk melukis lebih banyak dan mengharapkan pujian daripada anda. Jika lukisan kedua dan seterusnya tidak berapa menjadi, usahlah anda terus berpura-pura memuji anak-anak anda.

Apa kata anda berterus terang tetapi dalam nada yang lebih lembut dan “supportive”? Jika ada kekurangan pada lukisannya, anda boleh katakan sebegini,

KrogerFeedback weekly ads for weekly deals to win free

“Lukisan kucing yang tadi lebih baik sebab kamu berjaya ikut sama seperti kucing betul, tapi yang harimau ni ada beberapa ciri fizikal harimau tak berapa betul. Apa kata kamu lukis balik harimau ni sambil tengok gambar harimau?”.

Anak anda akan mula merasakan yang cadangan anda itu betul dan mencari gambar harimau untuk dia mula melukis mengikut gambar harimau yang sebenar dan akan mencabar dirinya untuk menghasilkan lukisan harimau persis harimau sebenar.

BACA JUGA : Anak 1-2 Tahun Mula Memberontak, Buang Barang, Merajuk Dan Protest, Kenali Apa Itu Tantrum

Itu sahaja perkongsian dalam artikel kali ini. Benar bahawa lain ibubapa lain cara mereka didik anak mereka. Tetapi, jangan pula anda terlalu ego dan merasakan cara anda itu sentiasa betul. Tidak salah untuk anda melihat dan belajar daripada perkongsian orang lain dalam mendidik anak-anak anda.

Anda juga ahrus ingat, cara anda dididik mungkin tidak sesuai untuk digunakan bagi mendidik anak-anak anda. Zaman anda dan mereka dah jauh berbeza.

Kalau anda lihat sekarang ini banyak masalah serta gejala sosial yang berleluasa, anda rasa dimana silapnya yang sebenar? Adakah anda juga ingin melahirkan generasi yang lebih teruk daripada apa yang ada sekarang?

Video Cara mengatasi Anak yang suka melawan

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati