DIARI HAMIL : Perkembangan Bayi Dari 1 hingga 40 Minggu Dalam Kandungan (Trimester Pertama)

Melihat wajah si kecil comel dan telatah mereka, pasti jadi idaman setiap pasangan yang ingin mendapat zuriat. Diari Hamil ini menunjukkan penerangan perkembangan bayi dari 1 hingga 12 minggu dalam kandungan (Trimester Pertama) anda.

Trimester pertama diukur dari konsep kepada kira-kira minggu ke-12 kehamilan. Semasa trimester pertama badan anda menjalani banyak perubahan. Perubahan hormon menjejaskan hampir setiap sistem organ dalam badan anda. Perubahan ini boleh mencetuskan gejala walaupun dalam minggu pertama kehamilan. Tak datang haid adalah tanda jelas bahawa anda sedang hamil.

Halaman 11 daripada 12 :
DIARI HAMIL : MINGGU 11
  • 1. DIARI HAMIL : MINGGU 1
  • 2. DIARI HAMIL : MINGGU 2
  • 3. DIARI HAMIL : MINGGU 3
  • 4. DIARI HAMIL : MINGGU 4
  • 5. DIARI HAMIL : MINGGU 5
  • 6. DIARI HAMIL : MINGGU 6
  • 7. DIARI HAMIL : MINGGU 7
  • 8. DIARI HAMIL : MINGGU 8
  • 9. DIARI HAMIL : MINGGU 9
  • 10. DIARI HAMIL : MINGGU 10
  • 11. DIARI HAMIL : MINGGU 11
  • 12. DIARI HAMIL : MINGGU 12

11. DIARI HAMIL : MINGGU 11

Berat dan panjang bayi adalah berbeza mengikut bayi dan kehamilan. Anda telah mula merasakan perut anda buncit. Kadang-kadang anda mungkin merasa beremosi walaupun dengan perkara yang remeh. Kadang-kadang mungkin merasa sangat
gembira dan kadang-kadang boleh merubah kepada sedih dengan tiba-tiba.

Bayi anda kini berukuran 1¾ – 2½ inci (4.4-6 cm) panjang dengan beratnya kira-kira 8 gram. Bayi anda kini dianggarkan sebesar sebiji buah limau nipis. Pertumbuhan janin pada ketika ini sangat pesat. Kepala terbentuk hampir setengah dari panjang bayi. Kuku-kuku jari juga mula kelihatan.

Genitalia luar bayi juga mula terbentuk dan dalam 3 minggu lagi organ seks bayi akan siap. Dan jika keguguran berlaku pada ketika ini, jantina bayi mungkin boleh dilihat.

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati