DIARI HAMIL : Perkembangan Bayi Dari 1 hingga 40 Minggu Dalam Kandungan (Trimester Pertama)

Melihat wajah si kecil comel dan telatah mereka, pasti jadi idaman setiap pasangan yang ingin mendapat zuriat. Diari Hamil ini menunjukkan penerangan perkembangan bayi dari 1 hingga 12 minggu dalam kandungan (Trimester Pertama) anda.

Trimester pertama diukur dari konsep kepada kira-kira minggu ke-12 kehamilan. Semasa trimester pertama badan anda menjalani banyak perubahan. Perubahan hormon menjejaskan hampir setiap sistem organ dalam badan anda. Perubahan ini boleh mencetuskan gejala walaupun dalam minggu pertama kehamilan. Tak datang haid adalah tanda jelas bahawa anda sedang hamil.

Halaman 3 daripada 12 :
DIARI HAMIL : MINGGU 3
  • 1. DIARI HAMIL : MINGGU 1
  • 2. DIARI HAMIL : MINGGU 2
  • 3. DIARI HAMIL : MINGGU 3
  • 4. DIARI HAMIL : MINGGU 4
  • 5. DIARI HAMIL : MINGGU 5
  • 6. DIARI HAMIL : MINGGU 6
  • 7. DIARI HAMIL : MINGGU 7
  • 8. DIARI HAMIL : MINGGU 8
  • 9. DIARI HAMIL : MINGGU 9
  • 10. DIARI HAMIL : MINGGU 10
  • 11. DIARI HAMIL : MINGGU 11
  • 12. DIARI HAMIL : MINGGU 12

3. DIARI HAMIL : MINGGU 3

Jika pusingan haid anda agak lewat berbanding purata haid 28 hari, minggu ini juga berkemungkinan untuk proses mengovulasi. Bagaimanapun, jika anda mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hari, pengovulasi akan berlaku pada hari ke-14 bagi kitaran haid anda. Jika nasib menyebelahi anda, sperma dan telur akan bercantum.

Berikut adalah apa yang akan berlaku didalam uterus anda jika telur anda berjaya disenyawakan :

  • 23 kromosom ibu dan 23 kromosom bapa akan bercantum apabila sperma dan telur bersatu.
  • Zigot (telur yang disenyawakan) akan meneruskan 3 hari perjalanan dari tiub fallopian
    menuju ke uterus. 3 hari lagi diambil untuk tertanam di uterus sebelum ianya melekat dan
    mengembang sebagai bayi di dalam uterus untuk selama 9 bulan akan datang.
  • Mungkin akan berlaku sedikit pendarahan setelah proses implantasi. Kadang-kadang
    sesetengah orang ingat mereka didatangi haid dan tidak hamil. Yang membezakannya
    adalah darahnya sedikit sahaja berbanding darah haid biasa.

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati