Cara Mendidik Anak Dalam Islam

Bagi kebanyakan ibubapa, bila melibatkan soal anak-anak, pastinya ingin memberikan yang terbaik dari segenap sudut. Begitu juga halnya dalam proses untuk mendidik anak-anak.

Mereka pastinya mahu berikan yang terbaik juga. Terdapat banyak kajian dari dalam dan luar negara yang melibatkan dan mengkaji mengenai cara mendidik anak ini. Banyak cara diketengahkan dan disokong dengan bukti-bukti kajian saintifik membuatkan ramai ibubapa berasa terpanggil dan yakin dengan cara tersebut.

BACA JUGA : Pendidikan Anak Dalam Islam

Sebenarnya, semua cara yang diketengahkan adalah betul dan membantu kerana kesemuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menjadikan anak-anak sebagai insan yang berguna dan bersahsiah terpuji begitu juga dengan cara mendidik anak dalam Islam. Ia juga mempunyai tujuan yang sama.

1 . Memanggil Anak Dengan Panggilan Yang Baik

Pernah dengar orang berkata bahawa kata-kata itu merupakan suatu doa?

Jika benar seperti yang dikata, pasti ramai yang akan mengungkapkan kata-kata yang baik-baik sahaja. Apatah lagi halnya jika ia melibatkan nama. Panggillah anak-anak anda dengan paggilan yang baik-baik. Anda bukan sahaja mendoakan supaya anak-anak anda menjadi sebaik apa yang anda panggil ia juga turut membantu dari segi emosi anak-anak anda.

Sekiranya anda memanggil anak-anak anda dengan panggilan yang hodoh atau tidak baik, bukan sahaja anda mendoakan anak anda dengan perkara yang tidak baik malah anda memberikan kesan negatif terhadap psikologi anak-anak anda. Mereka akan berasa malu dan hilang keyakinan apabila berhadapan dengan rakan-rakan mereka.

2 . Berikan Pujian Kepada Anak Anda

Satu soalan untuk anda. Anda suka dipuji?

Jika majikan anda memuji hasil kerja anda, pastinya anda akan berasa lebih bersemangat untuk terus bekerja kan? Begitu juga halnya bagi anak-anak anda. Mereka sebenarnya lakukan sesuatu dengan harapan anda akan memuji mereka. Mereka perlukan kata-kata positif daripada anda.

BACA JUGA : Rahsia Cara Mendidik Anak Perempuan dan Membesarkan Mereka

Mereka masih kecil. Janganlah anda rosakkan emosi mereka dengan kata-kata yang negatif. Sebagai contoh, jika anak anda menunjukkan sebuah lukisan yang dilukisnya kepada anda, berilah pujian walau seteruk mana sekalipun lukisannya. Menangi hati anak anda terlebih dahulu dan biar dia dalam keadaan mental yang positif.

Jika anak anda datang lagi dengan lukisan kedua, ketiga dan seterusnya, jika anda merasakan ia tidak berapa elok dan anda ingin anak anda untuk meningkatkan hasil lukisannya, jangan pula anda bercakap dengannya seolah-olah anda bercakap dengan mereka yang sebaya dengan anda.

Yang dah besar pun boleh terasa hati dan jadi “down”. Anda boleh katakan kepada anak anda bahawa lukisan yang tadi lebih baik kerana apa dan berikan kepadanya solusi untuk dia meningkatkan lagi kualiti lukisannya. Anda juga seolah-olah memberikannya semangat untuk berusaha dan memberikan yang terbaik.

3 . Dengar Apa Yang Anak Anda Ingin Katakan

Anda selalu merungut anda tidak didengari oleh orang lain?

Bayangkan apa pula reaksi dan aksi anak-anak anda apabila mereka pula tidak didengari. Anak-anak anda tidak kira yang masih kecil atau yang sudah dewasa semuanya merasakan andalah tempat untuk mereka bercerita, berkongsi rasa dan meluahkan perasaan.

BACA JUGA : Cara Mendidik Anak Lelaki Menjadi “Gentleman”

Jika anak-anak anda merasakan dengan anda bukanlah tempat yang sesuai untuk semua itu, mungkin itu bermaksud anda bukanlah “a good listener”. Jadi, anda boleh mulakan dengan memberikan ruang dan peluang untuk anak-anak anda bercakap dengan anda.

Berikan perhatian yang sepenuhnya ketika mereka bercakap. Tunggu sehingga anak-anak anda habis bercakap sebelum anda pula bercakap. Hal ini adalah bertujuan untuk memberitahu dan mengajar anak anda secara tidak langsung mengenai giliran untuk bercakap. Jika anda suka mencelah, ada kemungkinan “trait” tersebut akan diwarisi oleh anak-anak anda pula.

Itu sahaja untuk artikel kali ini, diharapkan perkongsian dalam artikel kali ini memberikan manfaat untuk anda dan anda boleh mula untuk mengamalkan sebahagian daripada cara mendidik anak dalam Islam ini.

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati