Bawang Putih Berkesan Untuk Kempiskan Perut Buncit Anda
Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak berfungsi dengan lancar.
Menurut pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal, lemak yang menyebabkan kebuncitan pada perut sebenarnya terdiri daripada dua jenis.
Pertama, lemak yang disimpan oleh tubuh dibawah kulit atau yang biasanya dipanggil lemak subkutaneus.
Kedua, lemak yang disimpan oleh tubuh di rongga perut dan mengelilingi organ-organ di dalam perut, yang di kenali sebagai lemak Viseral.
Bawang Putih dan Lemon Boleh Kempiskan Perut Buncit
Kami kongsikan 10 tips yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi.
1. Makan dengan perlahan
Elakkan makan secara berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak hadam sempurna akan menimbulkan banyak gas. Ketika anda menelan terlalu gelojoh, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan dalam perut. Oleh yang demikian duduklah ketika makan dan kunyahlah (dan telah) makanan secara perlahan-lahan.
2. Kurangkan Pengambilan Garam
Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.
3. Jangan Minum Arak
Sebagai umat Islam memanglah kita diharamkan untuk meminum arak. Tetapi peringatan ini ditujukan khas buat mereka yang bukan beragama Islam. Jangan minum arak jika anda tidak mahu perut anda buncit.
4. Jangan Minum Teh bersama Protein
Daun Teh boleh menyebabkan protein daripada makanan mengeras dan sukar dicerna.
5. Jangan Tidur Selepas Makan
Makanan yang baru diambil pastinya tidak dapat dicerna dengan sempurna dan boleh mengakibatkan penghasilan gas dan ketidakselesaan perut. Beri masa kepada perut sekurang-kurangnya 2 jam sebelum melabuhkan kepadda di atas bantal.
6. Jangan Mandi Selepas Makan
Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan perjalanan sistem pencernaan anda. Seboleh-bolehnya mandilah dahulu sebelum makan.
7. Minum banyak air
Jika perut penuh disebabkan oleh air, anda sebenarnya dapat menguragi masalah ini dengan minum lebih banyak air. Ini akan mencairkan kensentrasi sodium dalam tubuh sekaligus meningkatkan jumlah ar yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Jangan kurangan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicerna hanya akan menyebabkan perut menggelembung jika kekurangan air.
8. Hindari Sembelit dan Ambil Lebih Serat
Sembelit, atau bahasa pasarnya ‘penyakit susah nak berak’ hanya akan membuatkan najis berkumpul dalam usus. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Unutuk merangsang isi pperut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran. Amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.
9. Bersenam
Bersenan membantu menggerakkan cairan (fluid), disampaing mengingkatkan lagi kecekapan sistem pencernaan. Fokus keapsa senaman berorientasikan aerobik (kardio)
10. Rajin-Rajinlah Bersendawa
Namun tak bermaksud anda boleh bersendawa di hadapan rakan-rakan, teman lelaki/wanita yang baru dikenali, atau di tempat-tempat awam kerana amalan tersebut tidak baik.
Alternatif lain selain dari 10 kaedah yang di atas adalah dengan menggunakan bawang putih dan lemon.
Sediakan bahan-bahan seperti berikut :
1. Lemon (setengah)
2. Kurma (2 biji)
3. Secawan air suam (150ml)
4. Bawang Putih (4 ulas)
Cara-caranya seperti berikut :
1. Buang kulit bawang putih.
2. Kurma dapat mengurangkan rasa pahit serta terdapat khasiatnya yang tersendiri.
3. Blend semua sekali bahan di atas, kalau boleh blend sekali kulit lemon untuk mendapatkan 100% khasiat.
4. Selepas blend tapiskan bahan tadi.
5. Kemudia boleh minum.
6. Jika ada minyak biji delima titiskan ke dalam minuman tersebut untuk mempercepatkan metabolisma.
Anda boleh minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Selepas itu boleh tengok hasilnya selepas seminggu mencuba tanpa rasa jemu. Tips ini untuk anda yang betul tekad untuk buang lemak degil.
Bawang putih digunakan dalam campuran ini kerana bawang putih merangsang penghasilan leptin iaitu hormon mengurangkan selera makan). Lemon pula boleh mengikis lemak degil dan membuang toksin.
Sumber : www.syifa.info
foto :wom.my