Kanser Payudara Pembunuh Nombor Satu Di Malaysia!

Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia. Ia berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal.

Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

BACA JUGA : Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Anda

Punca Kanser Payudara

Penyebab sebenar kanser payudara tidak diketahui. Setiap manusia berusia 20 tahun ke atas adalah berisiko menghidap kanser payudara. Faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:

  1. Usia meningkat
  2. Mempunyai ahli keluarga yang menghidapkanser payudara
  3. Telah mendapat kanser pada satu payudara
  4. Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus hais lewat (selepas umur 50 tahun)
  5. Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur lebih dari 30 tahun.
  6. Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan

Pencegahan Kanser Payudara

Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan awal dan dirawat serta merta.kanser payudara adalah salah satu kanser yang paling mudah dikesan. Pengesanan boleh dilakukan dengan pemeriksaan payudara. Semua wanita yang berumur 20 tahun dan lebih hendaklah melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan sepanjang hayatnya.

BACA JUGA : Selain Untuk Kurus & Sihat, Ini Adalah 10 Kebaikan Buah Lemon Yang Menakjubkan!

Bagi wanita yang melebihi umur 30 tahun mereka perlu juga mendapatkan pemeriksaan payudara oleh doktor mahupun kakitangan perubatan yang lain setiap tahun. Pemeriksaan payudara secara tetap akan membolehkan seseorang wanita mengesan kanser payudara pada peringkat yang awal dimana rawatan adalah lebih berkesan.

Kanser Payudara – Nasihat Buat Wanita

  • Cegah kanser payudara dengan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan
  • Jika anda terasa sebarang benjolan luar biasa pada payudara anda,segera lah berjumpa dengan doktor .
  • Jadikan pemeriksaan sendiri payudara sebagai satu amalan hidup anda
  • Kanser payudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin

 

Fotohttp://www.hopechest.com

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati