5 Tips Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Mengalami Migrain Yang Kronik

Migrain yang kronik ini bermaksud anda menghadapi sakit migrain atau sakit kepala lebih dari 15 hari setiap bulan. Sesetengah orang menderita sakit migrain beterusan sepanjang hari , setiap hari selama sebulan.

Migrain ialah penyakit saraf dan Ini penting untuk anda ketahui bahawa penyakit migrain yang kronik merupakan sakit fisiologi dan bukannya psikologi. Sakit ini saling berkait kepada bagaimana badan anda berfungsi dan bukanlah berpunca daripada masalah atau tekanan minda.

Satu lagi perkara penting yang anda perlu tahu, Migrain ini bukan sahaja sakit kepala yang teruk malah ianya seperti satu pakej sakit saraf yang juga termasuk sakit kepala, masalah penglihatan kabur, pening, loya dan muntah-muntah dan juga amat-amat sensitif kepada cahaya, bunyi, sentuhan dan juga bau.

Teruk bukan? Jadi, lain kali orang cakap sakit migrain, jangan cuma cakap “sekejap lagi oklah tu” dan “rileks lah, sikit jer pun” .

Disarankan jika anda ingin mengurangkan sakit migrain, sila hindarkan diri daripada minuman atau makanan berkafein, cuba untuk bermeditasi, ambil magnesium supplement atau jika migrain anda betul-betul teruk anda boleh meminta doktor untuk memberikan anda.

Dibawah ini saya sertakan 5 tips yang perlu dilakukan jika anda mengalami migrain yang kronik.

 

1. Elakkan Makanan Atau Minuman Yang Menyebabkan Sakit Kepala

Perkara ini bergantung kepada seseorang individu, kerana setiap individu itu berlainan. Sesetengah makanan boleh menyebabkan sakit ini secara terus, seperti kalau anda meminum air berkarbonat dan anda terasa sakit kepala, bermaksud air ini adalah salah satu minuman yang menyebabkan anda sakit kepala. Makanan lain yang biasa menjadi penyebab ialah coklat, makanan pengawet-sarat dan gula gantian.

2. Lakukan Senaman Aerobik

Salah satu cara yang terbukti untuk membantu melegakan tekanan, terutamanya orang yang menghidapi migrain ialah dengan melakukan senaman Aerobik dan sekarang ni pun tengah terkenal tarian zumba 🙂 disarankan anda untuk melakukan aktiviti ini 3 kali seminggu sekurang-kurangnya 30 atau 40 minit setiap sesi.

Terdapat kaitan antara langsung antara bersenam dan sakit kepala. Sesetengah orang pasti akan berkata mereka tidak mempunyai masa untuk membuat senaman ini tapi anda juga perlu mempertimbangkan masa yang hilang akibat daripada derita migrain ini. Kalau anda ingin sembuh, bersenamlah.

3. Tetapkan Waktu Tidur!

Tidur pada waktu yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi.  Terlebih tidur dan kurang tidur boleh menyebabkan sakit kepala.

4. Cuba Senaman Relaksasi

Cuba lakukan senaman relaksasi seperti yoga, meditasi atau senaman seumpanya, ini akan dapat membantu anda menghalang migrain sekaligus dapat mengelakan diri daripada tekanan minda.

5. Ambil Magnesium Atau Supplemen

Akhir sekali, terdapat beberapa supplemen yang dapat membantu anda merawati sakit migrain kronik seperti CoQ10 (300mg), Feverfew, vitamin B12 dan lain-lain. Minta nasihat doktor anda untuk mendapatkan supplemen terbaik.

Selain itu, kekurangan magnesium boleh menjadi punca kepada sesetengah orang mendapat sakit kepala migrain. Gejala kekurangan magnesium adalah termasuk sakit kepala migrain, kaki dan tangan sejuk, haid pra-matang, otot kejang pada kaki. Minta nasihat doktor untuk cara pengambilan.

Semoga anda cepat sembuh atau dapat mengurangkan sakit kepala akibat migrain ini. InsyaAllah..

 

Sumber : http://www.gayahidupsihat.com

Foto : shutterstock

 

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati