Khasiat Air Rendaman Bendi Boleh Membuang Toksik Dan Menstabilkan Paras Gula

Balik kampung haritu sembang dengan kawan atuk, umur dh 86 tahun tapi masih kuat lagi. Bela lembu, kambing, tanam nenas dan cili 5 ekar. Tiada penyakit seperti adik beradik dia yang lain. Tekanan darah ok, gula dalam darah ok, kencing manis tak ada, kolestrol rendah.

Bila aku tanya apa rahsia dia?

Dia kata dia cuma amalkan minum air rendaman bendi setiap hari sejak dia masuk umur 30 tahun. Aku pun dah masuk 4 series ni, cuba la buat. Harini dah hari ke tiga. InshaAllah semoga aku istiqomah amalkan sampai bila-bila.

CARA MENYEDIAKAN AIR RENDAMAN BENDI

  1. Beli 1 ikat kacang bendi RM1 jer
  2. Potong halus (basuh dulu ya)
  3. Rendamkan 8-12 jam di dalam air mineral supaya lendir bendi tadi keluar (tak perlu rebus)
  4. Minum mcm biasa, air tak rasa apa-apa pun
  5. Bila air dah habis, rendam skali lagi (boleh buat sampai 2-3 kali, sampai likat lendir dia habis)
  6. Bendi tadi tu boleh la goreng kicap ke, rebus buat ulam ke atau letak dalam kari…tak membazir šŸ˜¬

Selamat mencuba!

IniĀ 16 Khasiat Bendi Yang Ramai Belum Tahu

  • Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
  • Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
  • Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
  • Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
  • Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
  • Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
  • Mencuci hati.
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
  • Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  • Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  • Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
  • Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  • Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
  • Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
  • Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang

Sumber khasiat bendi : dara anggun

Sumber tips :Ā https://www.facebook.com/mayeenazrich

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati