Tips Kurangkan Gula Dalam Darah Secara Alami

Antara isu utama pesakit kencing manis ialah kurangnya sensitiviti reseptor insulin menyebabkan gula tidak diangkut dari dalam darah masuk ke dalam sel. INSULIN TINGGI tetapi reseptor (penerima) TIDAK SENSITIF. Gula darah sentiasa menjadi tidak cukup dengan pengambilan biasa gula.

Cara meningkatkan pengangkutan gula ke dalam sel menjadikan reseptor insulin lebih sensitif:

BERPUASA ISNIN DAN KHAMIS.

Jika mampu, puasa berterusan setiap hari sehingga gula stabil.

Berbuka dengan makanan kurang karbo dan elakkan gula. Awas anda mungkin akan mengalami isu kerana kandungan stress yang tinggi pada permulaan diet.

Kerosakan perut juga menyebabkan stress meningkat mengakibatkan gula menjadi tinggi. Puasa memulihkan perut yang bermasalah. Rujuk artikel roti menyebabkan radang dan stress.

Tingkatkan pemakanan tinggi antioksida seperti sayuran hijau dan rempah semasa berbuka puasa untuk mengurangkan stress badan.

SENAMAN

Senaman terbaik mengurangkan gula ialah yang SINGKAT DAN BERAT seperti HIIT, PACE, Calisthenic dll. Ia meningkatkan saiz otot meningkatkan reseptor insulin dan juga sensitivitnya.

Gula “tak dan” duk lama2 dalam darah, cepat saja diragut sel otot yang dahagakan gula 

AWAS : Senaman yang lama seperti maraton, mendaki gunung, berbasikal lama-lama meningkatkan stres oksidatif secara berpanjangan. Stress kronik meningkatkan risiko rintangan insulin (menjadi semakin tidak sensitif).

KURANGKAN STRESS

Stress menyebabkan hormonnya kortisol naik bagi menyediakan gula secukupnya menghadapi reaksi stress itu ( fight and flight).

Gula akan menjadi berlebihan kerana tidak dibawa masuk ke dalam sel. Lebih buruk badan akan mula menyimpan air dan lemak bagi mencukupi keperluan sumber tenaga yang tinggi semasa stress.

TINGKATKAN IMUNITI BADAN ANDA.

Jangkitan kuman, kecederaan yang lambat pulih, dan kerosakan badan akibat penyakit kronik lain meningkatkan produk akhir glikasi (AGEs) dan stress oksidatif badan anda.

Ambil antioksida secukupnya untuk mengurangkan kerosakan badan disebabkan radikal bebas. Badan anda akan mula pulih dan bertenaga insha Allah.

Supplemen dengan nutrisi secukupnya. Amalkan pemakanan yang baik (toyyib) bagi anda. Daging, telur, susu segar, ayam, ikan, sayuran hijau, kekacang, makanan laut sangat penting bagi membina sel dan gen yang sihat. Suplemen penting untuk pesakit kencing manis ialah seperti VitC, VitB, Magnesium, ALA, Chromium dan zinc.

Terdapat juga herba yang meningkatkan sensitiviti reseptor insulin. Insha Allah akan dibincangkan dalam artikel lain.

Ingat, elakkan gula dan karbohidrat diperhalusi bagi yang kencing manis. Ia tidak TOYYIB lagi bagi anda yang mempunyai gula darah yang tidak stabil. Selepas sudah stabil boleh ambil karbohidrat baik seperti nasi, ubi keledek, dan kelapa. Tidak dilupa juga resistant starch yang rendah indeks glisemiknya serta baik untuk perkembangan bakteria baik dalam usus.

Kesimpulannya solusi kepada isu gula tinggi dalam darah terletak kepada prinsip makan secara sederhana, berhenti makan sebelum kenyang dan jihad melawan hawa nafsu! Wallahu a’lam.

 

Sumber : Encik Hafiz Sulaiman

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati