Adakah Anda Termasuk Dalam 4 Golongan Yang Rajin Solat Tetapi Masuk Neraka Ini?
Pada hari perhitungan amal pada hari akhirat nanti, perkara pertama yang akan dihisab adalah solat. Ini menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan harian kita. Tetapi pada zaman sekarang banyak yang memandang remeh mengenai solat. Ia dijadikan rutin harian sahaja tanpa keikhlasan dalam melaksanakan nya.
Hal ini lah menjadi penyebab seseorang itu rajin solat tetapi masuk neraka kerana dalam melakukan solat mereka tidak melaksanakan nya dengan ikhlas.
4 Golongan Yang Rajin Solat Tetapi Masuk Neraka
1.Solat Tetapi Suka Menipu
Menipu adalah salah satu dosa r dan diberi balasan seksa di hari akhirat. Pada zaman sekarang menipu dikira sebagai hal remeh dalam kalangan masyarakat, padahal sekecil manapun penipuan itu akan tetap dianggap dosa.
Walaupun seseorang itu rajin solat tetapi jika percakapan nya setiasa berbohong maka amalan nya menjadi sia-sia, dan jika si pembohong mati sebelum bertaubat kepada Allah maka neraka lah tempatnya.
Allah SWT berfirman:
“Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat allah, dan mereka iti ialah oranag-orang yang bertabikat berdusta”
(Al-Nahl ayat 105)
Menipu adalah salah satu ciri orang munafik, umat islam patut menjauhinya kerana itu dapat menyengsarakan kita baik di dunia dan di akhirat.
2. Solat Tetapi Minum Arak
Minuman keras atau arak adalah minuman yang memabukkan dan menyebabkan peminumnya tidak waras fikirannya, ia sangat dilarang oleh agama islam. Rasulullah SAW melarang setiap muslim untuk mendekati arak apalagi meminumnya. Rasulullah SAW sendiri berkata bahawa setiap minuman keras itu adalah induk kepada segala kejahatan.
Rasulullah bersabda:
Malaikat jibril mendatangiku dan berkata dan berkata, “Hai Muhammad sesungguhnya Allah melaknat khamr(miras), pembuatnya, peminumnya, pembawanya, orang yang membawanya, penjualnya, pembelinya dan segala sesuatu yang ada didalamnya.
(HR ahmad tarmidzi,ibnu majjah, dll)
3. Solat Tetapi Percaya Bomoh
Orang yang solat tetapi percaya kepada bomoh atau tukang tilik merupakan salah satu golongan yang akan masuk neraka, Bomoh adalah orang yang mengaku bahawa die mengetahui perkara-perkara ghaib.
“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal atau dukun, kemudian bertanya tentang sesuatu,maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari”
(HR Muslim)
Dari Mu’awiyah bin Hakam As-Sulamiy, ia berkata :
Aku berkata, “Ya rasulullah, ada beberapa hal yang biasa kami lakukan pada masa jahiliah dahulu, iaitu kami datang kepada dukun.” Muawiyah berkata lagi : Aku berkata, “kami juga biasa menganggap tanda-tanda kesialan”. Rasulullah SAW bersabda, “itu sesuatu yang tidak disukai oleh seseorang diantaramu pada dirinya, maka hal itu jangan sampai menghalangi kamu”.
(HR Muslim)
4. Solat Tetapi Suka Mengumpat
Salah satu penyebab orang masuk neraka adalah mulutnya yang suka bercerita tentang keburukan orang lain. Allah melarang kita membicarakan aib orang lain, Allah berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebayakan kecurigaana, kerana sebahagian dari kecurigaan itu adalah dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang lain dan janganlah mengata sama lain. Adakah seseorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang”.
(Al-Hujarat ayat 12)
Kesimpulannya, jauhilah sifat-sifat ini dalam diri kita semua. Semoga apa yang dikongsi dapat diperaktikkan oleh kita semua umat islam.