8 Tips Untuk Elakkan Rasa Mengantuk Ketika Memandu

Dalam melalui perjalan yang jauh, dan melalui lebuh raya yang sunyi, anda akan mudah untuk berasa mengantuk. Terdapat 8 cara yang anda boleh lakukan untuk mengelak dari rasa mengantuk sepanjang perjalanan yang jauh.

8 Tips Untuk Elakkan Rasa Mengantuk Ketika Memandu

1. Buat beberapa persinggahan sepanjang perjalanan

Dalam perjalanan yang jauh, anda pasti akan melalui lebuhraya, dan setiap lebuhraya pastinya ada RnR, jadi inilah masanya untuk anda berhenti seketika. Sebaiknya, anda berhenti di setiap 2 jam perjalanan. Boleh sahaja untuk ke tandas untuk mencuci muka, atau membuat rengangan badan, untuk rehat selama beberapa ketika.

2. Bersama Co-Pilot

Boleh sahaja anda mengajak teman untuk menemami anda sepanjang perjalanan yang jauh, bukan sahaja dapat menjadi rakan berbual, tetapi mungkin sahaja boleh menjadi petunjuk arah buat anda.

3. Kesegaran Kopi

Anda juga boleh dapatkan minuman berkafein, seperti kopi ataupun nescafe. Jika inginkan sesuatu yang lebih kaw, boleh sahaja dapatkan kopi panas, sama ada di kedai serbaneka atau membawa dari rumah bersama uncang kopi, serta gula dan air panas.

4. Berikan tubuh anda waktu rehat

Jangan sesekali memaksa badan anda untuk sentiasa berjaga, walaupun anda sudah meminum kopi, tetapi tetap anda berasa mengantuk, cuba untuk lelap seketika. Sebaiknya, lelap dalam jangka masa 15 minit, setkan penggera pada telefon bimbit anda. ini kerana dalam 15 minit itu cukup sebagai energy boost nap. Pastikan tidak lebih dari 20 minit, kerana bimbang badan akan menjadi lemah dan merugikan masa perjalanan anda juga.

5. Elakkan memandu selepas tengah malam

Secara biologinya, kita memerlukan tidur pada waktu malam, iaitu diantara 12 tengah malam, sehingga 6 pagi, jadi pada waktu ini, tubuh anda memerlukan rehat dan ianya sangat berbahaya untuk terus berjaga. PAstikan anda mendapat tidur yang cukup pada waktu malam, dan mampu untuk memandu pada keesokkan paginya.

6. Sediakan kudapan ringan

Pastikan anda menyediakan makanan tenaga di dalam kereta anda, jika memulakan perjalanan yang jauh, namun anda harus elakkan makanan ringan yang tidak sihat, kerana kandungan garam dan MSG yang tinggi boleh membuatkan anda rasa mengantuk. Cuba bekalkan kekacang, bar tenaga atau buah-buahan.

7. Buka tingkap untuk udara segar

Sekali sekala anda boleh sahaja menurunkan tingkap, dan menghirup udara segar semasa perjalanan. Ianya akan memberikan kesegaran pada tubuh, dan membuatkan anda rasa kejutan yang baik. Namun, jangan terlalu lama, kerana khuatir pemanduan anda akan terganggu, cukup sekadar untuk membuatkan anda kembali segar sahaja.

8. Elakkan memimum alkohol

Walaupun anda hanya meminum alkohol dalam kadar yang sedikit sahaja, namun ianya juga akan memberikan kesan rasa mengantuk, serta membuatkan anda mabuk atau berkhayal. Jangan sama sekali memandu dalam keadaan mabuk.

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati