Anak Kecil Sukar Untuk Makan Ubat, Cuba Cara Ini

“Salam doktor, saya mempunyai anak berusia dua tahun. Baru-baru ini dia mengalami sawan akibat demam yang panas. Doktor menasihatkan agar memberikan ubat demam jika suhu badannya terlalu tinggi. Malangnya anak saya agak sukar untuk menelan ubat. Bolehkah saya memasukkan ubat ke dalam makanannya? Mohon pencerahan”

Kanak-kanak bukan sengaja tidak mahu makan ubat. Mereka berbuat demikian kerasa rasa ubat yang pahit atau tidak sedap. Selalunya mereka akan memuntahkan balik ubat itu sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.

Saya tidak rasa ada kanak-kanak yang sengaja melakukannya semata-mata untuk mencari perhatian ibubapa. Jika kanak-kanak melakukan hal tersebut, saya berpendapat sudah semestinya seorang anak mengharapkan perhatian yang lebih apabila mereka sakit, dan ianya adalah normal.

Walaupun kanak-kanak itu enggan memakan ubat tersebut, ibu bapa perlu yakin bahawa dengan memberikan ubat itu anak-anak mereka mendapat manfaat dengan izin ALLAH SWT.

Sebagai contoh kanak-kanak yang sering diserang sawan apabila mengalami demam yang kuat, haruslah faham bahawa ubat demam sangat penting diberikan terutama ketika mereka sedang mengalami demam yang kuat.

Jadi memberikan ubat sebenarnya menguji sifat ibu bapa. Mereka bertanggungjawab memujuk anak untuk mengambil ubat tersebut. Terangkan kepada kanak-kanak bahawa ubat yang diberikan adalah untuk manfaat mereka sendiri.

Jangan menipu anak-anak, kononnya rasa ubat itu sedap padahal rasanya tidak sedemikian. Menipu dengan cara begini akan menyebabkan anak-anak akan hilang kepercayaan pada kata-kata ibu bapa mereka.

Memberikan ubat dalam makanan atau susu juga tidak harus dilakukan kerana ia dapat dikesan oleh anak-anak dan mereka akan menganggap bahawa ibu bapa mereka cuba menipu mereka.

Berikan sokongan motivasi berupa kata-kata semangat dan pelukan pada anak-anak.

Jika tidak berjaya, mungkin ibu bapa hentikan dahulu percubaan memujuk anak-anak makan ubat. Pujuk mereka dan jadikan cara paksaan adalah cara terakhir untuk mereka memakan ubat.

At www.krogerfeedback.com learn to win free Kroger Digital Coupons

Mungkin dengan memberikan denda dengan tidak membenarkan mereka melakukan aktiviti yang menyeronokkan sehingga ubat itu ditelan. Sebagai contoh tidak memberikan mereka menontoh cerita upin dan ipin.

Ubat berbentuk sirap hanya boleh dicampurkan dengan makanan yang cair, setelah memberitahu mereka. Sebagai contoh mencampurkan ubat ke dalam jus epal, ais krim, jeli, kentang lenyek atau yogurt. Tujuan mencampurkan ubat itu dalah untuk membantu mereka memakan ubat dengan lebih baik, bukan untuk menipu mereka.

Cara lain ialah dengan mengambil dos ubat yang diisikan dalam picagari, kemudian tarik 2-3ml madul ke dalam picagari yang sama, supaya apabila diberikan kepada anak-anak akan rasa madu terlebih dahulu sebelum merasa ubat yang diberikan.

Sumber : Dr Zubaidi

Foto : Penmerah Press

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati