Khas Buat Pemakai Tegar Contact Lens, Sila Baca Tips Penjagaan Contact Lens Ni

Saya dah 7 tahun pakai contact lens. Ada ke yang pakai lebih lama dari saya? Meh kita borak pasal contact lens. Sini ada sedikit tips penjagaan contact lens yang mungkin sedikit bermanfaat buat pemakai-pemakai contact lens diluar sana.
First saya nak bagitahu yg saya pakai contact lens bukan saja-saja pakai, tapi sebab saya RABUN! Maklumlah pakai spec mata ni agak leceh, terutamanya bagi ‘hijabster’.
Kalian yang tak rabun sepatutnya bersyukur masih boleh melihat dengan terang lagi nyata. So tak perlulah pakai sekadar saja-saja atau suka-suka.
BACA JUGA : 5 Makanan Yang Perlu Dielakkan Bagi Yang Hidap Penyakit Darah Tinggi
Tips Penjagaan Contact Lens
Ok kalau nak pakai sangat sini saya ada sedikit Tips Penjagaan Contact Lens Ni yang berdasarkan pengalaman saya buat kalian :
- Sebelum pakai contact lens, tangan kena cuci betul-betul, seeloknya guna air sabun dan bilas cuci. Kalau rasa pedih tu, cuci balik contact lens.
- Lepas letak contact lens dalam mata, titis air Renu khas untuk mata bercontact lens. Botol dia sama dengan botol eye glo / eye more.
- Biasa kita dengar pakai contact lens maximum 8 jam. So lepas balik dari kenduri cepat-cepat buang, cuci dan rendam dalam bekas contact lens balik.
- Air Renu atau apa-apa brand utk rendam contact lens wajib ada . Jangan sesekali guna air paip. Ingat tu ! Air paip takkan sama dengan air contact lens.
- Contact lens hendaklah sentiasa dicuci. Nak cuci contact lens ada caranya, bilas dgn air contact lens paling kurang kali. (buka video supaya lebih faham)
- Bila contact lens dah ditanggalkn, jangan biar mata macam tu je, Titiskan dulu dengan Eye Glo. Supaya mata tak merah dan kering.


Kalau mata rasa pedih sampai berair tu tandanya sebelum tu awak dah bedal sambal belacan. Memang susah hilang kat tangan walaupun dah basuh dengan sabun.
Semoga bermanfaat.