Khasiat Buah Tembikai Buat Ibu Mengandung

Ramai tahu akan betapa sedapnya buah tembikai. Tapi tahukah anda akan khasiat buah ini khusus untuk ibu mengandung?

 

KHASIAT TEMBIKAI UNTUK IBU HAMIL

 

.

🍉1. MENGURANGKAN BENGKAK DAN KEKEJANGAN OTOT

.

Ibu hamil ni memang sinonim dah dengan keadaan bengkak-bengkak kaki & tangan yang kita sebut edema, ni disebabkan oleh perubahan hormone dan peningkatan berat badan.

.

Kandungan air dalam buah tembikai dapat mengurangkan pembuluh darah yang tersumbat dan kekejangan otot.

.

🍉2. MENGELAKKAN DEHIDRASI

.

Dehidrasi yang jadi pada ibu hamil ni akan sebabkan implikasi buruk seperti kelahiran pramatang.

.

Tembikai ni tinggi kandungan air kira-kira 90% dimana dapat bantu dan pastikan si ibu tak mengalami kekurangan air di dalam badan.

.

🍉3. MENCEGAH PIGMENTASI

.

Ibu hamil kerap alami pigmentasi kulit disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Buah tembikai ni dapat bantu lancarkan pencernaan makanan dan jaga pergerakan usus kecil, dan mempengaruhi keadaan kulit.

.

Kekerapan makan buah tembikai boleh buatkan kulit ibu jadi lebih mulus dan masalah pigmentasi berkurang.

.

🍉4. MENGATASI MORNING SICKNESS

.

Ibu hamil ni selalunya majoriti la akan ada morning sickness. Morning sickness setiap ibu hamil tu tak sama. Namun kebanyakannya akan mengalami loya-loya, lesu, dan letih terutamanya pada trimester pertama.

.

Khasiat dan tenaga yang ada dalam buah tembikai dan sifatnya yang menyegarkan beri manfaat pada ibu hamil. Rasa mual yang wujud daripada ketidakhadaman pemakanan juga akan hilang dengan kekerapan pengambilan buah tembikai.

.

🍉5. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

.

Buah tembikai kaya dengan kandungan zat bernama Likopen. Ini menjadikan tembikai sebagai satu makanan yang sihat untuk ibu hamil serta berkhasiat menjaga kesihatan jantung bakal ibu dan bayi.

.

🍉6. MENINGKATKAN IMUNITI BADAN

.

Vitamin C yang terdapat dalam buah tembikai membantu meningkatkan sistem imun badan ibu hamil. Ia dapat mengelakkan ibu mudah terkena jangkitan selesema atau batuk terutama dalam perubahan cuaca yang tidak menentu.

.

🍉7. MEMBANTU PERTUMBESARAN BAYI

 

Tembikai mempunyai kalium yang berfungsi sebagai bahan yang mempertahankan kandungan kalsium dalam badan. Kalium juga membantu dalam proses pembentukan tulang bayi dan dalam masa yang sama menguatkan sendi ibu.

.

Tembikai juga kaya antioksida dan vitamin A yang menjaga organ penglihatan bayi serta melindungi bayi daripada radikal bebas.

.

🍉8. MELANCARKAN AIR KENCING

.

Ibu hamil memang kerap alami kencing tak lawas terutama ketika sarat mengandung dan kekerapan makan tembikai akan melancarkan air kencing.

.

.

Sumber dari pakcik google 😊

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati