10 Khasiat Madu Lebah Asli Untuk Kesihatan

Khasiat Madu Lebah – Madu mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita dan sudah digunakan dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya. Madu mengandungi bahan antibakteria dan antifungal, bahan ini digunakan oleh orang Mesir Purba dalam bidang perubatan

Khasiat madu sudah dibuktikan secara saintifik dan praktikal untuk kesihatan badan. Selain ianya manis, madu juga membekalkan anda dengan nutrisi yang penting untuk badan anda.

BACA JUGA : Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Anda

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 10 khasiat madu lebah asli kepada kesihatan badan dan kulit wajah anda.

10 Khasiat Madu Lebah Asli Yang Menakjubkan

1. Meningkatkan Daya Ingatan

Madu mengandungi kadar antioksida yang tinggi yang mana boleh mengurangkan kerosakan sel di dalam otak. Satu kajuan yang dijalankan pada tahun 2011 membuktikan bahawa satu sudu madu boleh meningkatkan daya ingatan bagi perempuan yang putus haid. Kajian ini memberikan satu petunjuk kepada rawatan alternatif bagi orang yang lemah daya ingatan.

Setelah 4 bulan pengambilan madu sebanyak 20 gram setiap hari, prestasi daya ingatan wanita lebih baik berbanding dengan wanita yang mengambil pil hormon.

Madu boleh meningkatkan kebolehan badan dalam menyerap kalsuim, secara tidak langsung membantu kesihatan otak. Otak memerlukan kalsium dalam proses berfikir dan membuat keputusan.

2. Membekal Pelbagai Nutrisi

Madu boleh menjadi sumber nutrisi harian yang sempurna. Satu sudu teh madu mengandungi 17 gram karbohidrat.

Madu mengandungi fruktosa dan glukosa, iaitu sejenis gula yang boleh diserap masuk di dalam badan secara terus tanpa perlu diproses. Hal ini secara tidak langsung boleh membekalkan tenaga dengan cepat. Peningkatan kadar gula dalam darah boleh memberikan tenaga kepada badan, sangat sesuai untuk tugas-tugas berat ataupun besukan.

www.zoomproperty.com

Ahli sukan pada zaman dahulu dipercayai mengambil madu dan buah ara untuk meningkatkan prestasi mereka.

3. Menghilangkan Batuk

Pengambilan madu semasa batuk sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Terbukti ianya berkesan.

Cara-cara pengambilannya sangat mudah, anda hanya perlu mengambil dua sudu teh madu setiap hari, kekerapannya bergantung kepada tahap batuk anda.

BACA JUGA :  Selain Untuk Kurus & Sihat, Ini Adalah 10 Kebaikan Buah Lemon Yang Menakjubkan!

Dalam satu kajian yang dibuat pada thun 2012 oleh Jurnal Pediatrics keatas kanak-kanak berumur 1 dan 5 tahun, membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengambil madu sebelum tidur lebih cepat untuk sembuh dari penyakit batuk.

Kenapa dan bagaimana madu boleh merawat batuk?

Madu yang pekat boleh membantu melindungi saluran tekak, manakala rasanya yang manis dipercayaii boleh mengurangkan rasa ingin batuk. Selain batuk, madu juga berpotensi merawat penyakit berkaitan dengan tekak yang lain.

4. Membantu Anda Untuk Tidur

Madu boleh membantu anda untuk tidur. Seperti gula, madu boleh meningkatkan kadar insulin dan mengeluarkan serotonin. (satu jenis neurotransmitter yang boleh memperbaiki mood dan perasaan seseorang).

Badan akan menukarkan serotonin tersebut kepada melatonin, sejenis bahan kimia yang boleh menggalakkan kualiti tidur seseorang.

5. Menghilangkan Kelemumur

Satu kajian pada tahun 2001 yang diterbitkan dalam Jurnal Medical Researh mendapati bahawa madu boleh menghilangkan masalah kelemumur.

Cara-caranya ialah :

  1. Sapu madu lebah yang cair pada permukaan kulit kepala.
  2. Biarkan selama 3 jam.
  3. Bilas dengan air bersih.
  4. Amalkan setiap hari, anda akan mendapat kesan dalam masa seminggu.

Pada masa yang sama anda akan dapati bahawa rambut anda akan semakin sihat, kerana punca kepada masalah kepala anda sudah hilang.

BACA JUGA : 9 Khasiat Dan Kelebihan Buah Avokado Untuk Kesihatan

Madu mengandungi sifat antibakteria dan antifungal, ia boleh merawat seborrheic dermatitis dan kelemumur, yang sering kali dikaitkan dengan pertumbuhan fungus.

6. Khasiat Madu Lebah Merawat Luka Dan Kesan Terbakar

Selain memberikan kebaikan pada bahagian dalaman badan, madu juga boleh memberikan kebaikkan pada bahagian luaran badan manusia.

Madu boleh digunakan untuk merawat luka-luka dan kesan terbakar dengan membunuh bakteria seperti methicillin. Satu kajian pad atahun 2005 yang diterbitkan oleh British Jounal of Surgey mendapati bahawa luka dan ulser lebih cepat sembuh dengan menyapu madu pada permukaan luka itu.

Selain itu, madu juga boleh mengelakkan daripada berlakukan masalah gangguan gastrousus dalam badan.

Perkara ini sudah diamalkan oleh orang dahulu lagi (2,000 tahun dahulu) untuk merawat luka-luka dan beberapa masalah kulit yang lain.

7. Mencegah Kanser Dan Masalah Jantung

Madu mengandungi flavonoids, iaitu sejenis antioksida yang boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser dan masalah jantung. Kanser berlaku atas banyak sebab, salah satunya adalah kerana kandungan radikal bebas yang banyak di dalam badan.

Salah satu cara untuk melawan radikal bebeas adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi kadar antioksida yang tinggi.

8. Khasiat Madu Lebah Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Walaupun madu mengandungi gula, ia bukanlah sama seperti gula biasa ataupun pemanis yang sering anda guna. Ia merupakan gabungan glukosa dan fruktosa yang mana boleh mengawal kadar gula dalam darah anda.

Oleh kerana ini, madu sesuai untuk diambil walaupun orang tersebut penghidap kencing manis (diabetes) dalam pengambilan yang terkawa.

9. Probiotik

Sesetengah madu mengandungi bakteria baik dengan kadar yang banyak. Ini termasuklah 6 jenis lactobacilli dan 4 jenis bifidobacteria. Probiotik dan Prebiotik merupakan bahan yang boleh membantu sistem penghadaman dengan membekalkan bakteria baik semasa pencernaan.

Oleh itu, anda dicadangkan untuk mengambil madu sebelum ataupun selepas mengambil makanan berat untuk mengelakkan proses pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam badan.

10. Khasiat Madu Lebah Untuk Kulit Yang Lebih Sihat

Madu mengandungi antibakteria yang banyak, dan boleh membantu mencantikkan kulit muka (jika digunakan bersama-sama yang lain). Oleh kerana itu, sudah banyak produk-produk kecantikan sekarang mengambil khasiat di dalam madu untuk dijadikan salah satu bahan aktif dalam produk mereka.

Dan hasilnya sangat memberansangkan kepada pengguna, jika anda ingin berjimat, tidak mahu membeli produk kecantikkan yang mahal. Anda boleh jadikan madu sebagai mask muka. Caranya amatlah mudah, anda hanya perlu menyapu madu dipermukaan muka dan biarkannya untuk seketika. Kemudian bilas dengan air yang bersih.

Anda akan merasakan kulit anda semakin licin dan bersih. Selain itu, kaedah ini sesuai digunakan bagi orang yang mengalami masalah jerawat.

 

Foto : Dr. Mercola

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati