Pendidikan Anak Dalam Islam

Didalam Islam, pendidikan merupakan antara elemen penting yang diberikan perhatian sepenuhnya. Pendidikan yang terbaik seharusnya diberikan sedari kecil dan tanpa perlu ada diskriminasi dari segi jantina, darjat dan sebagainya.

Sepertimana yang kita sendiri pernah baca didalam al-Quran, jika kita turut menghayati maksud terjemahannya, kita akan dapati terlalu banyak ilmu yang disampaikan oleh Allah S.W.T kepada kita. Sebagai conoth, didalam surah Luqman, Allah S.W.T telah menceritakan petua-petua yang disampaikan Luqman yang merupakan suatu bentuk pendidikan kepada anak-anaknya.

BACA JUGA : Ini Cara Didik Anak Yang Ibubapa Perlu Amalkan

Selain itu, antara perkara yang menunjukkan pendidikan anak dalam Islam merupakan antara perkara yang paling dititikberatkan adalah menerusi hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W yang banyak menceritakan mengenai bentuk-bentuk pendidikan terhadap anak dan juga cara Baginda mendidik anak.

Menanamkan Tauhid ke Dalam Diri Anak

Tauhid merupakan asas kepada keimanan dan kepercayaan seseorang yang hidup bertuhan. Didalam Islam, ia tidak dapat disangkal lagi kepentingan tauhid dalam menjadikan seseorang itu untuk menjadi lebih beriman sekaligus membawa kepada pembentukan mukmin sejati.

Apabila kita mempunyai tauhid yang benar dan kuat, maka kita akan memperoleh keberkatan dan kesejahteraan hidup didunai dan juga akhirat. Begitu juga halnya apabila kita tidak mempunyai tauhid didalam diri kita, ia akan membawa kepada kesyirikan dan kesengsaraan hidup di dunia itu pasti serta azab akhirat adalah lebih berat.

Didalam firman Allah S.W.T:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan mengampuni yang lebih ringan daripada itu bagi orang-orang yang Allah kehendaki”
(An- Nisa: 48)

Mengajar Anak Untuk Melaksanakan Ibadah

Ibadah merupakan suatu bentuk perbuatan yang menunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya. Kita hanyalah hamba yang hina yang tidak punya apa-apa disisi Allah S.W.T. Apa yang membezakan setiap dari kita adalah iman dan taqwa.

Untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan adalah dengan melaksanakan ibadah. Ibadah menunjukkan ketaatan kita kepada Pencipta kita.

Oleh itu, ajar anak-anak kita sedari kecil lagi supaya tinggi rasa kehambaan terhadap Allah S.W.T dengan mengajar mereka untuk melaksanakan ibadah. Ibadah merangkumi keseluruhan hidup kita. Jika betul niat dan caranya, maka setiap perlakuan kita dalam kehidupan seharian kita adalah ibadah.

Ajar anak-anak untuk melaksanakan ibadah wajib seperti solat dahulu. Biarlah jika tidak cukup dan sempurna 5 waktu pada permulaannya. Asalkan mereka sudah bermula, seterusnya akan menjadi lebih mudah untuk anda ajar.

Menerapkan Adab dan Akhlak Islami

Anda selaku ibubapa merupakan contoh ikutan anak-anak anda. Untuk memastikan anak-anak anda mengamalkan adab dan akhlak yang mulia, anda harus mulakan dengan diri anda dahulu.

Tunjukkan adab dan akhlak yang anda ingin anak-anak anda ikuti. Lebih baik jika anda mampu memberikan penerangan kepada anak-anak anda untuk setiap perbuatan yang anda lakukan supaya mereka memahami kepentingan setiap perbuatan tersebut.

Sebagai contoh, cara bercakap dan adab dengan orang yang lebih tua. Jelaskan kepada mereka kenapa perlu bagi mereka untuk berbuat demikian. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan anak-anak anda lebih memahami setiap perbuatan tersebut dan sekaligus akan membuatkan mereka lebih mudah untuk beradab dan berakhlak Islami.

Itu sahaja antara contoh pendidikan anak dalam Islam yang boleh anda amalkan dan terapkan kedalam diri anak-anak anda. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap agama sebenarnya menitikberatkan pendidikan anak.

Yang menjadi halangan dan kekangan adalah penganutnya yang kadangkala bersikap serta berfikiran dangkal yang mengehadkan tahap pelajaran untuk anak-anak mereka.

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati