Punca Cirit-Birit Dan Cara Mencegahnya

Cirit-birit atau ‘ddiarrhea’ adalah ketika anda membuang air besar dengan lebih banyak dan kerap berbanding biasa. Ia adalah satu tanda-tanda gastroenteritis, dan tanda lain adalah muntah.
Gastroenteritis adalah radang dalam perut atau sistem penghadaman yang berlaku akibat jangkitan bakteria atau virus. Cirit-birit biasanya berlaku selama 2-4 hari tanpa sebarang rawatan, namun cirit-birit yang teruk mungkin menggugat nyawa anda. Ini disebabkan badan kehilangan air, apatah lagi jika bayi dan kanak-kanak yang mengalaminya serta pesakit yang kurang zat dan lemah daya tahan. Sayangnya, cirit-birit adalah pembunuh kedua tertinggi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, di mana ia telah meragut 760,000 nyawa kanak-kanak setiap tahun.
Mujurlah cirit-birit boleh dihalang. Melalui bekalan air minumam yang selamat, pembasmian kuman yang lebih baik (termasuklah bekalan kemudahan yang betul untuk menguruskan sisa buangan manusia) dan mengamalkan kebersihan tangan melalui sabun dan air, risiko penyakit cirit-birit boleh dikurangkan.
Apakah yang menyebabkan berlakunya cirit-birit?
Secara amnya, jangkitan cirit-birit tersebar melalui pengambilan makanan dan minuman yang tercemar (lalu cirit-birit selepas makan). dengan tangan yang kotor, atau menyentuh najis. Pelbagai jenis virus, bakteria dan parasit boleh menyebabkan gastroenteritis dan seterusnya cirit-birit. Antara kuman yang biasa adalah :
1. Bakteria. Contoh : Salmonella atau Escherichia (E. Coli)
2. Virus. Contoh : Norovirus atau Rotavirus.
3. Parasit. Contoh : Giardia Intestinalis.
Apakah tanda-tanda mengalami cirit-birit?
Anda mungkin akan mengalami perkara-perkara berikut :
1. Najis cair.
2. Sakit atau kejang perut.
3. Kerap ingin menggunakan tandas.
4. Mual dan muntah-muntah.
5. Demam.
6. Hilang selera
7. Dehidrasi.
Serangan cirit-birit biasanya akan hilang selepas beberapa hari, namun adalah penting untuk tidak mengalami dehidrasi pada waktu ini.
Minum dengan banyak. Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mengambil larutan rehidrasi oral (ORS). Biasanya ia datang dalam paket yang dicampurkan ke dalam air untuk menggantikan mineral dan garam yang telah hilang akibat muntah dan cirit-birit.
Cuba makan seperti biasa, tetapi pastikan dalam hidangan yang kecil dan ringan. Elakkan mengambil makanan yang pedas, masin atau bergula. Bagi bayi yang mengalami cirit-birit, anda perlu terus menyusukan mereka seperti biasa.
Jika tanda-tanda anda berlanjutan selama seminggu, atau anda berasa sakit, terus pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Bagaimana Anda Boleh Mencegah Cirit-Birit?
Amalkan kebersihan tanyang yang baik. Ingat untuk membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutama sekali selepas menggunakan tandas, dan sebelum dan selepas menyediakan dan mengambil makanan.
Air minuman yang selamat
Air yang tercemar adalah salah satu faktir utama yang menyebabkan penyakit berjangkit di negara-negara membangun seperti Malaysia. Pastikan anda mempunyai akses minuman yang selamat dan jika menyimpan air dirumah pastikan bekas air itu bertutup. Jangan benarkan sesiapa menyentuk aiir atau minuman dari bekas, dan kerap kali bilas bekas selepas digunakan. Jika anda tidak pasti tentang kualiti air, rawat ia sebelum minum.
Kebersihan tandas adalah perkara yang paling penting
Menggunakan tandas untuk membuang air kecil atau besar adalah kaedah penting untuk mencegah penyebaran kuman yang boleh menyebabkan cirit-birit. Sentiasa gunakan tandas yang dilengkapi sistem kumbahan atau sistem saniteru serta-merta (contoh : tangki septik atau lubang peresapan) dan buangkan kertas tandas ke dalam tandas atau menanamkannya.
Kumbah tandas selepas digunakan untuk memastikan setiap najis habis dibersihkan dan gunakan pembersih tandas atau berus untuk menanggalkan sebarang kotoran pada permukaan dalaman tandas. Malah, kawasan sekitar tandas perlulah sentiasa bersih dan dibasmi kuman terumata sekali kawasan yang kerap disentuh seperti tempat dudulk, penuntup, pemegang kumbahan. PAstikan tandas ditutup untuk mengelakkan kuman dibawa lalat.
Kain yang digunakan untuk membersihkan tandas dan kawasan tandas tidak patut digunakan untuk membersih kawasan rumah yang lain.
Kebersihan Makanan
Kebersihan makan yang baik dapat membantu mencegah gastroenteritis dan cirit-birit akibat keracunan makanan.
1. Bersihkan dan basmi kuman permukaan penyediaan makanan. Selepas menyediakan makanan (terutama sekali daging merah, ikan ataupun telur), bersihkan dan basmi kuman permukaan dapur yang telah anda gunakan. Alamat memasak yang kotor, kutleri dan pinggan mankuk boleh dibersikan dengan bahan pencuci dan air panas.
2. Simpan makanan yang mentah dan dimasak secara berasingan.
3. Masak makanan anda dengan rata.
4. Simpan makanan dalam peti sejuk untuk menghalang pertumbuhan bakteria.
Sila berhati-hati jika seseorang di dalam keluarga anda mengalami cirit-birit.
1. Elakkan berkongsi kutleri, alat masakan, tuala dan barangan penjagaan peribadi lain seperti tuala muka dan span dengan ahli keluarga lain.
2. Mereka yang mengalami cirit-birit tidak sepatutnya menghidangkan makanan untuk yang lain.
3. Bersihkan dan basmi kuman tanda anda, termasuklah tempat duduk tandas dan pemegang kumbahan tandas, setiap kali menggunakanya.
4. Ingat untuk membasuh tangan dengan teliti dan keras menggunakan air dan sabun.
5. Tunggu sekurang-kurangnya 48 jam selepas tanda-tanda berkurangan sebelum kembali bekerja atau ke sekolah.