Tips Mencegah Strok Haba

Cuaca yang sangat panas sudah menjadi makanan kita setiap hari.

Jika anda seorang yang selalu melakukan aktiviti di luar rumah dalam keadaan cuaca yang panas, anda mungkin dapat meningkatkan risiko terkena “Heat Stroke” atau dalam bahasa mudah Strok Haba.

APA ITU STROK HABA?

Strok haba atau “Heat Stroke” adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius berbanding suhu normal manusia kira-kira 37 darjah celcius.

Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan mengalami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita.

Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan.

Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan di mana seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasa.

Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidapi hipertiroidisme.

Maka, penting untuk mengambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara merawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.

Apakah Tanda Awal Serangan Strok Haba?

1. Sakit kepala berdenyut-denyut
2. Mual
3. Kurang berpeluh walaupun panas
4. Denyutan nadi yang pantas
5. Otot lemah dan senang kejang
6. Muntah-muntah
7. Kulit kering dan kemerahan
8. Sawan
9. Pitam
10. Tangan dan kaki menjadi sejuk

Bahayakah Strok Haba?

Suhu badan yang tinggi boleh mengundang komplikasi keapda sistem saraf otak yang boleh juga menyebabkan pesakit koma atau membawa kematian.

Cara Merawat Mangsa Strok Haba

1. Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
2. Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
3. Bawa mangsa ke tempat teduh atau bawa mangsa ke bilik yang sejuk atau yang berhawa dingin, atau boleh juga letakkan mangsa di bawah kipas
4. Lap anggota badan mangsa dengan menggunakan tuala basah atau rendamkan mangsa di dalam kolam air
5. Mangsa tidak boleh diberi minum langsung. Hanya melalui “intravenous drip”
6. Bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan dengan segera

Cara Pencegahan Strok Haba

1. Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
2. Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
3. Pakai pakaian yang diperbuat dari kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
4. Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40 peratus daripada kehilangan haba berlaku dibahagian kepala
5. Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan yang panas seperti simen ataupun bitumen.

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati