8 Tips Dan Petua Berguna Ini Membantu Anda Untuk Cepat Hamil
Anak ialah satu anugerah tuhan yang tidak ternilai, setiap pasangan yang baru berkahwin selalu nya tidak sabar untuk menimang cahaya mata. Disini kami kongsikan 8 tips dan petua berguna ini membantu anda untuk cepat hamil.
1. Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri
Beberapa makanan berikut mengandungi nutrisi dan vitamin yang bagus untuk membantu suami isteri agar cepat hamil. Untuk menjaga kesuburan rahim isteri, contohnya: jus aprikot, ayam, dan susu untuk meningkatkan kualiti sperma suami, seperti ikan, telur, daging.
2. Waktu Bersama
Sebaiknya waktu bersama suami isteri dilakukan dengan waktu yang sewajarnya, jika terlalu kerap waktu bersama ia akan mempengaruhi kualiti dan jumlah sperma yang dikeluarkan .
3. Posisi Semasa Bersama
Posisi yang berpeluang besar agar isteri cepat hamil adalah posisi yang membenarkan sperma berenang cepat melintasi rongga rahim menuju sel telur iaitu suami di atas. Jauhi posisi isteri diatas kerana tekanan graviti membantutkan sperma bertemu sel telur.
BACA JUGA: 10 Tips Merangsang Kehamilan Dan Makanan Tambahan Yang Disarankan
4. Baring Sebentar Selepas Bersama
Isteri di nasihatkan supaya berbaring beberapa saat setelah bersama, ini adalah bagi tujuan memperbesar peluang cepat hamil. Seeloknya isteri membuang air kecil sebelum bersama agar tidak bagun dan pergi ke bilik air secara tergesa-gesa.
5. Jauhkan Penggunan Pelincir
Alat bantu pelincir mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan sperma dan sangat tidak digalakkan untuk pasangan yang mahu cepat hamil. Anda perlu elakkan penggunaan pelincir ini semasa bersama.
6. Ukur Suhu Badan
Cara lain untuk mengetahui waktu subur, ukur suhu tubuh dengan menggunakan termometer yang diletakkan di vagina selama lima minit. Suhu tubuh yang normal diantara 35.5 – 36 darjah celcius. Di masa subur, suhu tubuh akan sedikit meningkat menjadi 37 – 38 darjah celcius.
7. Test Kesuburan
Cara mudah mengetahui waktu subur adalah dengan alat penghitung masa subur yang dijual di pasaran. Alat ini akan mengukur kadar hormon pada air kencing. Hasil test boleh dilihat dengan tanda tertentu, yang menyatakan anda sedang berada pada masa subur atau tidak.
8. Jaga Berat Badan
Berat badan terlalu kurus juga akan mempengaruhi hormon kesuburan. begitu juga jika terlalu gemuk. Sentiasa berhubung dengan doktor untuk mengetahui berat badan tubuh yang ideal.
Semoga perkongsian 8 tips dan petua berguna ini membantu anda untuk cepat hamil bermanfaat! . Kami doakan anda dimurahkan rezeki. Amin..