12 Kesilapan Anak Muda Dalam Membeli Rumah – Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi

1. KERETA

Bila mula kerja terus pergi showroom tengok kereta. Yang gaji konon besar sikit kompem pergi showroom kereta import punya.

Kedai kereta terpakai letak tepi dan dipandang sepi langsung tak ingin jejak kaki. Graduan baru biasa beli kereta baru melebihi jumlah setahun gaji. Alasannya mudah untuk ke sana sini untuk urusan kerja.

Atau untuk beri good impression kepada client katanya. Nak bawa keluarga dan makpak jalan-jalan pun mudah. Kereta baru tak banyak ragam hujahnya.

Boleh memang boleh, tapi belilah yang asas sahaja. Fungsinya hanya untuk bawa dari poin A ke poin B sahaja. Nak beli baru atau terpakai, masing-masing ada pro dan con sendiri. Ikut formula yang di bawah.

Formula beli kereta untuk anak muda :

  • 20:5:15
  • 20% downpayment
  • 5 tahun tempoh pembiayaan (lebih rendah lebih baik)
  • 15% gaji untuk ansuran bulanan (lebih rendah lebih baik)

Gaji x 12 bulan = harga kereta
3,000 x 12 bulan = 36,000 (axia, saga)
1,500 x 12 bulan = 18,000 (2nd hand)

Mana nak cari kereta terpakai murah? Ada 3 cara :

  1. Kedai kereta terpakai, biasanya harga mahal sikit daripada sepatutnya tapi mudah urusan jualbeli dan untuk push dapatkan waranty jangka pendek.
  2. Internet, di sini pun kedai kereta banyak letak iklan juga, kadang-kadang terselit owner yang jual sendiri kereta mereka (biasanya lebih murah sedikit).
  3. Kenalan, ringankan mulut bertanya geng-geng sekerja atau kawan-kawan group whatsapp mesti ada yang nak jual kereta, boleh kawtim harga murah-murah.

Mana nak pastikan kereta terpakai berkualiti?

  • Bawa kawan mekanik kereta untuk teman survey sekali

2. RUMAH

Muda-muda ada impian miliki rumah banglo memang bagus dan hebat. Dari impian menjadi kenyataan. Tapi ramainya anak muda hari ini dan-dan tu juga nak terus beli rumah impian teeus dan tak fikir risiko perangkap kewangan. Kesilapan biasa :

1. Nak rumah impian dan terus menabung dan menabung sebab nak terus rumah impian. Dari setahun ke setahun menabung tak beli-beli juga sebab masih tak cukup. Bila duit deposit dah cukup, tengok-tengok harga rumah impian dah naik. Terus menabung lagi dan lagi sampai bila-bila tak beli-beli juga rumah. Salahkan pemaju, kerajaan, pemilik banyak rumah dan semua orang. Hanya diri sendiri yang betul.

2. Tak faham konsep pembiayaan islamik, dituduhnya riba backdoor dan disamakan dengan pinjaman konvensional. Terpengaruh dengan dakyah lalu nak beli rumah tunai sahaja. Kumpul-kumpul duit, lepas beberapa tahun dah cukup tapi harga rumah dah naik. Terpaksa kumpul lagi dan lagi, tapi harga rumah terus naik. Nak salahkan diri rasa malu, jadi salahkan pemaju, kerajaan, pelabur dan semua orang atas peningkatan harga rumah. Hanya diri sendiri yang betul.

3. Terus beli rumah impian yang mahal gedabak, undercons pulak tu! Ilmu hartanah takde tapi main ikut cakap orang. Bantai terus 60%-75% gaji beli unit undercons. Tiba-tiba unit terbengkalai, tak ke naya? Atau kalau bernasib baik, tak terbeban ke bayar smpai 3/4 gaji untuk rumah? Kemudian bila terlelong, salahkan bank pulak. Hanya diri sendiri yang betul.

Apa cara yang betul?

  1. Kumpul duit deposit.
  2. Belajar ilmu hartanah terutamanya teknik beli rumah dengan modal minima.
  3. Beli rumah below market value, kalau nasib baik dapat zero deposit gitu.
  4. Nak beli undercons pun boleh sebab biasa deposit sangat rendah tapi kena belajar camne nak elakkan risiko pemaju lari atau terbengkalai.
  5. Rumah pertama beli yang kecil dan murah dahulu untuk pelaburan bagi menjana pendapatan dan boleh jual semula atau refinance selepas nilainya naik. Kemudian upgrade sedikit demi sedikit hingga dapat rumah impian.

Ideal :

  1. Deposit (undercons atau subsale below market value)
  2. Rekod dan isytihar pendapatan sewa supaya DSR cantik
  3. Installment penyewa bayar, lagi best kalau rumah yang kita tengah sewa pun boleh dicover oleh duit sewa rumah yang penyewa sewa

Contoh :

  • Rumah Kita : installment 500, sewakan 1000, lebihan tunai 500
  • Rumah Kita Sewa : sewa 500 (bayar guna lebihan tunai 500 rumah kita)

3. PEMBIAYAAN PERIBADI

Ini memang penyakit berjangkit. Maklumlah baru lepas daripada hidup dalam kongkongan. Dengan lambakan iklan personal loan di sana-sini, teruslah rambang mata. Dibantainya maksimum terus tapi ilmu takde. Konon nak niaga atau buat bayar deposit kereta. Ada yang konon nak berhipster. Beli gadget mahal2 sahaja. Konon nak reward diri yang penat bekerja. Bergaya tapi papa. Tah hapa2.

Kalau bijak, personal loan tu boleh jana juta-juta. Tapi tak ramai yang bijak camni. So lupakan saja. Dan elakkan sebaiknya.

4. KAD KREDIT

Seronok bila bank tawar kad kredit masa buat personal loan atau beli rumah atau beli kereta. Bantai terus semuanya. Guna had semaksimum mungkin tapi bayar seminimum yang boleh. Haha.

Patutnya lepas swipe terus bayar full dalam tempoh 20 hari untuk elak kena caj tambahan sambil kumpul poin2 untuk redeem tawaran2 istimewa.

5. CCRIS

Bila dah terjebak dengan kereta mahal dan rumah mahal termasuklah personal loan, nanti mulalah alasan tak mampu bayar ptptn. Entah-entah nanti bayaran ansuran kereta dan rumah pun tersangkut. Tercalit angka 1, 2, 3 dan seterusnya di ccris. Bank tengok pun rasa nyampah nak luluskan pembiayaan. Bila rejek, salahkan bank, salahkan bank dan salahkan bank. Tertinggal plak salahkan ptptn juga. Ye saya tau mesti ada yang kata kerajaan patut bagi biasiswa sebab tu korang malas nak bayar. Saya setuju bab biasiswa tapi ptptn ni dah jadi hutang, maka saya tak setuju korang tak bayar. Okeh?

Macam mana nak keluar daripada masalah ini?

  • Setelkan segala mak nenek tunggakan tu. Ye tau la bercakap lebih mudah, tapi kalau korang usaha pasti ada jalannya.
  • Tunggu setahun selepas setel tunggakan supaya rekod buruk hilang

Taknak buat? Tunggulah rumah terlelong, kereta ditarik dan diisytihar bangkrap. Saya nasihat je.

6. SIMPANAN

Ini satu lagi. Ramai anak muda menyimpan selepas berbelanja. Sepatutnya simpan dahulu barulah belanja. Nak simpan berapa banyak? Lagi banyak lagi bagus. Minima 10%. Kalau dapat simpan 100% lagi hebat dan belanja harian guna duit parttime, eceh.

Lepas simpan lupakan terus. Bukannya bila rasa nak makan sedap terus korek semula duit simpanan. Sampai bila-bila pun tak penuh.

Masa belajar duit ptptn buat joli. Yang dapat biasiswa pun serupa juga berjoli tak ingat dunia. Kalau masa belasan tahun tu dah mula menyimpan dan melabur kan bagus. Tapi masa tu mana ada sifu nak ajar. Huhu.

7. PELABURAN

Tengok orang melabur, kita pun nak melabur. Tapi satu habuk pun tak faham. Melabur ikut-ikutan, sebab itu tersontot dengan scammer. Tunjuk konon2 dapat pulangan ribu2 dan boleh beli kereta mewah terus terpedaya. Siap ajak orang lain lagi untuk tumpang sekaki.

Samalah juga dengan ASB. Orang buat kau buat. Tapi matlamat takde. Tersangkut pula nak buat pembiayaan rumah sebab ASB. Kemudian salahkan ASB. Ilmu ASB kau tak tau tapi buat-buat mahu. Nak jana puluh ribu daripada ASB kena ada matlamat dan ilmu.

Rumah pun sama. Orang beli kau beli tapi matlamat takde. Ikut-ikutan saja. Mana yang ikut ilmu betul tapi tersangkut tu memang belum rezeki tapi yang langsung takde ilmu tapi nak buat juga. No wonder ada yang sanggup bayar ribu-ribu untuk seminar yang tah hape-hape. Seminar motivasi tapi dikatakan seminar hartanah. Seminar yang ilmu asas sahaja malah boleh dapat percuma pun kau sanggup bayar sampai 3-5 ribu.

8. PERLINDUNGAN

Terpedaya dengan misleading agen! Takaful dijadikan simpanan. Takaful adalah perlindungan! Ingat saya ulang sekali lagi TAKAFUL ADALAH PERLINDUNGAN.

Nak ambil banyak mana? Ikutlah berapa banyak yang nak dilindungi. Sebaiknya jangan bayar melebihi 10% gaji. Fokus untuk perlindungan.

Tapi lagi dahsyat bila takde perlindungan langsung.

9. PERKAHWINAN

Tak, kahwin tak salah, tapi kebanyakan orang buat salah untuk kahwin. Habis duit puluhan ribu untuk majlis. Baru mula kerjaya biasanya duit masih ciput, kalau buat majlis mahal2 ada 2 sahaja, samada makpak belanja atau buat personal loan sahaja. Bila buat personal loan la yang sangat-sangat salah. Anak dah tiga pun belum habis bayar.

Sebenarnya majlis nak raikan pengantin atau nak menunjuk kepada hadirin? Ermmm.

10. PEKERJAAN

Pilih kerja. Sanggup tunggu berbulan-bulan hingga dapat kerja yang sesuai. Takpun suka lompat-lompat kerja. Ingat yang paling lambat masuk adalah yang paling awal keluar bila bos nak kurangkan saiz pekerja.

Zaman la ni nak dapat kerja ideal bukan senang. Kerjala dulu apapun dan upgrade dari semasa ke semasa. Jangan pilih kerja sangat tapi pilih bos takpe. Hehe.

11. CUKAI

Cukai haram dah jadi mainan mulutnya. Satu hape pun tak isytihar dan tak bayar. Buat bisnes kaw-kaw tapi tak declare income. Seronok rasa duit banyak.

Tapi lepas beberapa tahun, tiba-tiba LHDN hidu. Habis dikorek satu persatu. Nah amik kau cukai sampai puluh ribu! Tak bayar, bangkrap!

Nak salahkan siapa? Ke hanya kau yang betul?

12. MENGUNDI

Merungut dan blame kerajaan tak sudah-sudah. Kutuk pembangkang dan kutuk kerajaan. Mulut laser dan pandai cakap sahaja. Itu tak betul ini tak betul. Tapi bila tanya PRU lepas kau undi siapa? Dijawabnya, “aku tak daftar pun”. Ceh!

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati