5 Perkara Yang Perlu Anda Buat Bila Pindah Rumah Baru

Persedian yang perlu anda lakukan apabila ingin memasuki rumah baru tidak kira sama ada rumah sewa ataupun rumah sendiri yang baru siap. Persedian untuk berpindah masuk rumah baru ini bukan setakat perlu mencucinya dengan bersih tetapi sebagai umat Islam sebaiknya amalam ini yang kita peraktikkan.

Bagi yang baru mendapat kunci kediaman baru eloklah perkara ini diamalkan sebelum berpindah masuk.

1. Azan

Melaunkan azan ketika pertama kali masuk ke rumah baru. Ia juga baik bagi bagunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.

Dalam hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa pernghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jim yang dikenali sebagai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca Surah Al-Bawarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang ddibacakan Surah Al-Bawarah.”

Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yassin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah SAW juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki.

Baginda bersabda yang bermaksud : “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riawayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutama 7 malam pertama anda memdudui rumah atau bangunan.

Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Rasulullah SAW sebanyak 7 kali, ayat Kursi satu kali, di ayat yang terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Walaubagaimanapun, ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin disekeliling rumah.

Dibawah ini adalah panduan untuk memagar rumah :

– Ambil air kemudia baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan Al-Nas).
– Kemudia tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
– Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati