6 Kelebihan Air Masak Kepada Badan Kita

60 peratus badan kita adalah berasakan kepada air, cecair. Kita biasanya disarankan agar meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari. Namun bergantung kepada keadaan dan situasinya juga.

Kami akan menyenaraikan 6 kebaikan air masak kepada badann dan kesihatan secara umum.

Kebaikan-Kebaikan Air Masak Kepada Kesihatan

Berikut adalah kebaikan air masak, pasti selepas anda membaca artikel ini anda akan berasa ingin banyakkan meminum air masak.

1. Air Masak Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal

Sekiranya anda tidak kekal hidrat (cukup air), prestasi fizikal anda akan berkurang dan menyebabkan anda berasa lemah.

Perkara ini sangat penting sekiranya anda bergaya hidup aktif dan kerap bersukan. Dehidrat boleh memberikan kesan yang nyata kepada badan, walaupun anda kehilangan 2 peratus air dalam badan.

Dengan memperbanyakkan meminum air, agar badan kekal hidrat telah terbukti boleh mencecgah daripada perkara ini berlaku. Malah boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang berkalu semasa senaman intensif.

Oleh itu, sekiranya anda sering bersenam dan banyak mengeluarkan peluh, maka sebaiknya anda banyakkan minum air agar air dalam badan anda boleh distabilkan kembali.

2. Kekal Hidrat Dengan Air Masak Memberikan Kesan Positif Kepada Pemikiran Dan Otak

Otak kita sangat bergantung kepada air, oleh itu dengan mengekalkan badan anda dalam keadaan hidrat boleh menyumbang kepada pemikiran dan daya berfikir yang lebih baik.

Kajian menunjukkan bahawa walaupun dehidrat yang sedikit (1-3 peratus) boleh menjejaskan beberapa aspek pada otak – mood, perhatian, dan mudah rasa pening.

dalam kajian yang lain, mendapati bahawa badan yang kurang air boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengingati sesuatu, ditambah pula dengan rasa gelisah serta lemah.

Oleh sebab itu, apabila anda rasa lebih atau mengantuk, banyakkan meminum air masak.

3. Minum Air Masak Boleh Mencegah Dan Merawat Sakit Kepala

Dehidrasi boleh menyumbang kepada sakit kepala dan migrain bagi sesetangah orang.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa air boleh melegakan sakit kepala bagi orang yang terdehirat. Walaupun begitu, tidak terjamin kepada semua orang, ia bergantung kepada jenis sakit kepala tersbut.

4. Air Masak Boleh Membantu Melegakan Sembelit

Masalah sembelit ini adalah masalah yang biasa di alami oleh rakyat Malaysia, ia berlaku kerana terdapat masalah pada pergerakan usus, menyukarkan najis untuk keluar.

Dengan meningkatkkan kadar pengambilan air, ia boleh mengurangkan masalah ini. Pengambilan air yang tidak mencukupi adalah salah satu penyebab utama kepada masalah sembelit, bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa.

5. Minum Air Masak Boleh Mencegah Batu Karang

Batu karang adalah kristal mineral yang terbentuk di dalam saluran kencing. Orang yang mengalami batu karang akan mengalami kesakitan yang teramat sangat semasa hendak membuang air kecil.

Kebanyak kes, batu karang ini terbentuk di dalam buah pinggang. Terdapat bukti, yang menyatakan bahawa pengambilan air masak yang banyak boleh mengurankan risiko berlaku kembali bagi orang yang pernah mengalaminya.

Pengambilan yang banyak akan meningkatkan jumlah air yang melalui buah pingang, mengurangkan kepekatan mineral yang terkumpul dan mengurangkan kadar pembentukan kristal oleh mineral-mineral ini.

6. Air Masak Boleh Menurunkan Berat Badan

Pernah dengan diet dengan air?

Percaya atau tidak, anda memang boleh mengurangkan berat badan dengan banyakkan minum air masak. Hal ini kerana air boleh meningkatkkan rasa kenyang dan meningkatkan kadar metabolik bada.

Dalam dua kajiam, meminum air sebanyak 500ml menunjukkan boleh kadar metabolisma sebanyak 24 hingga 30 peratus, sehingga 1.5 jam.

Ini bermakna dengan meminum air sebanyak 2 liter sehari boleh meningkatkan kadar tenaga anda sehingga 96 kalori sehari.

Masa minum air amsak turun memainkan peranan yang penting. Sebaiknya anda meminum air setengah jam sebelum makan makanan berak, ini adalah yang paling efektif. Anda akan lebih cepat rasa kenyang, secara tidak langsung mengurangkan kadar anda makan.

Didalam satu kajian, orang yang berdiet meminum air separuh liter sebelum makan boleh menurunkan berat badan 44 peratus lebih banyak, dalam jangka masa 12 minggu.

Kesimpulannya

Secara ringkas dan mudah, kebaikan air masak untuk kesihatan ini kita tidak boleh nafikan. Bahkan kalau kita tidak minum air selama tiga hari, kita mungkin akan mati.

Kekurangan air dalam badan boleh membawa kepada banyak jenis penyakit dan kemudaratan. Oleh sebab itu, sekiranya anda ingin menjaga kesihatan, dan ingin panjang umur, hendaklah mulakan budaya minum air masak.

Harap aritkel ini dapat memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat. Anda boleh juga berkongsi artikel ini kepada semua orang agar mereka juga tahu akan kebaikan dan kelebihan air masak yang di anggap biasa-biasa sahaja ini.

Sumber : InfoPelajar

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati