Khasiat Bawang Putih Yang Tersembunyi

Bawang putih dipercayai berasal dari Asia Tengah dan dibawa ke pelbagai pelusuk dunia. Menurut laman web Worl Healthiest Foods, bawang putih sudah ada sejak 5000 tahun dahulu. Pada zaman Mesir kuno, bawang putih dianggap suci kerana dipercayai boleh meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh. Bukan hanya di Mesir sahaja tetapi masyarakat Yunani kuno dan Rom juga percaya bahawa bawang pputih mempunyai manfaat bagi kesihatan.

Sebenarnya bawang puith ini ada banyak khasiatnya yang tidak kita tahu.

Antara khasiat yang ada pada bawang putih adalah :

1. Mengurangkan risiko strok

Bawang putih boleh merangsang penghasilan nitric oxide yang ada pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan freeradical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang yang menghidap kanser.

3. Anti bbakteria dan antivirus

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai anti-virus dan anti-bakteria untuk memusnahkan beberapa mikrob. Ia teramat baik untuk jangkitan perut, jankitan influenza dan sebagainya.

4. Mengandungi banyak iodin

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawah putih sangat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

5. Membantu sistem pencernaan

Bawang puith akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

6. Meingkatkan sistem imunisasi

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jankitan tumor.

7. Mengurangkan kolestrol dalam tubuh

Kandungan Di-Sulphide di dalam bawang putih dapat menurunkan nilai kolestrol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung. Bila anda makan bawang putih akan rasa panas dan mungkin inilah yang membantu kolestrol dibakar dalam badan.

Masukan email anda untuk melanggan artikel percuma dari kami.

Anda mungkin meminati